Tuesday, 17 September 2024

MAJLIS DIALOG BERSAMA PEMAJU DAN PERUNDING DENGAN PENDUDUK

 

 
 
 
 
 
   
 
       

MAJLIS DIALOG BERSAMA PEMAJU DAN PERUNDING DENGAN PENDUDUK MAKLUM BALAS DIALOG

1. Cadangan daripada Hj Izhar bin Harun – Penasihat PETAK

a) Cadangkan pemaju memasang “ PAPAN TANDA /PERINGATAN” di sepanjang laluan kenderaan berat ke tapak projek seperti: /AWAS Kenderaan berat/Waktu2 Laluan.

b) Pasang Papan Tanda mengenai Tarikh mula dan Siap Projek dan lain-lain maklumat mengenai pihak-pihak yang terlibat dengan projek.

c) Wujudkan “Station Security” personnel/Nyatakan waktu bekerja, Nyatakan waktu laluan kenderaan berat dan sebagainya.

d) Siram air jalan-jalan laluan kenderaan yang ada kaitan dengan kerja-kerja pembinaan.

e) Pastikan longkang tidak tersumbat (elak banjir kilat).

f) Rumah Pekerja (Pekerja asing) hendaklah mengikut undang-undang sedia ada yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Penguatkuas (Foreign Workers quarters should be in accordance with the prevailing laws).

g) Persatuan PendudukTaman Kosas (PETAK) tidak bertanggung jawab atau liable di bawah mana-mana “proceedings” undang-undang oleh mana-mana pihak berkaitan dengan projek perumahan baru di Taman Kosas.

2.

Friday, 12 July 2024

PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA BAGI TEMPOH TAHUN 2024-2026

Berikut adalah senarai pelantikan Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Kosas bagi tempoh 2024-2026.

BIL. NAMA   JAWATAN
 1. DATUK MOHD YUNUS BIN PATHI MOHD   PENGERUSI
2. DR. HARUN BIN ONGAH   TIMBALAN PENGERUSI
3. MAHAMUD BIN YUSOH   SETIAUSAHA 
4. MOHD HANIPIAH BIN BIDIN@ZAKARIA   PENOLONG SETIAUSAHA
5. HJ. HUSSEIN BIN RAZALI   BENDAHARI
6. HJ. MOHD AZANI BIN ABDULLAH   PENOLONG BENDAHARI
7. HJ. SHAMSUDIN BIN SURIP   AHLI JAWATANKUASA
8. ANUAR BIN ABDULLAH    
9. NORKIAH BINTI ZAINAL    
10. MAHFIS BIN YUSOF    
11. MOHD AZWAN BIN IZHAR    
12. MOHD SAID BIN JELANI    
13. MOHD REDZUAN JALINUS BIN ABDULLAH    
14. HJ. JALALUDIN BIN SULAIMAN    
15. DATIN ROHANA BINTI MOHD DANI    
16. RUHAIDAH BINTI YAHYA    
17. AHMAD MUSADDEK BIN SHAFIE    

 

  PEMERIKSA KIRA-KIRA  
1. HJ. HASAN BIN SHAHIRI PEMERIKSA KIRA-KIRA 1
2. ROSLI BIN AB GHANI PEMERIKSA KIRA-KIRA 2

Sunday, 7 July 2024

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KE 14, 15 DAN 16

Ucapan Pengerusi PETAK bagi Tempoh Tahun 2017-2019 - Tn Hj Shafie Ahmad
Ucapan dan Majlis Perasmian oleh: - Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad (DUN Lembah Jaya)
 

Dimaklumkan bahawa Persatuan Penduduk Taman Kosas (PETAK) kali terakhir mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan ke 13 pada 23 Julai 2017 dan telah melantik AJK untuk tempoh 2017-2019. Mesyuarat Dwi Tahunan ke 14 sepatutnya diadakan pada Jun 2020. Oleh kerana kekangan PKP yang berkuatkuasa pada 18 Mac 2020, PETAK tidak dapat mengadakan Mesyuarat Agung pada tempoh tersebut termasuk menjalankan aktivitinya. Akibat dari itu, PETAK telah dibatalkan pada 13 Julai 2022 namun rayuan pembatalan PETAK telah diluluskan oleh KDN pada 19 Oktober 2023 untuk membolehkan PETAK aktif semula. Mesyuarat Agung Dwi Tahunan kali 14, 15 dan 16 ini telah di adakan pada: 

30 JUN 2024 | 9 PAGI | AHAD | TEMPAT: PADANG PERMAINAN JALAN KOSAS 3/5

Ucapan aluan oleh Penasihat PETAK, Tn Hj Izhar Harun (2 dari kiri)

 
   
     
     

Saturday, 25 May 2024

NILAIAN BARU HARTANAH DALAM KAWASAN PENTADBIRAN MPAJ

 
 
 
NILAIAN BARU HARTANAH DALAM KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
Dengan hormatnya Persatuan ini merujuk kepada SOALAN LAZIM (FAQ) Senarai Nilaian Baru, MPAJ yang disediakan oleh Jabatan Penilaian dan Pembangunan Hartanah, MPAJ yang dikemaskini pasa 25 April 2024.
2. Kertas FAQ itu antara lain menjelaskan Bagaimana MPAJ menentukan cukai yang akan dikenakan "berdasarkan anggaran SEWA setahun pegangan (harta)" dan kiraannya adalah mengikut formula yang dinyatakan di muka surat 4 FAQ itu. Sebarang bantahan oleh individu hendaklah dikemukakan kepada MPAJ selewat-lewatnya pada 15.5.2024 tetapi telah dilanjutkan hingga 31.5.2024 menggunakan BORANG BANTAHAN KE ATAS SENARAI NILAIAN BARU.
3. Pada hemat Persatuan ini, formula itu sepatutnya terpakai kepada pemegang harta yang menyewakan “harta” mereka sahaja dan tidak terpakai kepada mereka yang TIDAK menyewakan harta mereka. Berdasarkan formula yang digunapakai oleh MPAJ itu, mereka yang tidak menyewakan atau tidak mendapat hasil dari harta pegangan mereka menjadi "mangsa" kepada mereka yang menyewakan harta mereka. Kadar sewaan di Ampang sejak kebelakangan ini agak lumayan. Apakah rationalnya formula itu.
4. Lazimnya nilai semasa hartanah ditentukan oleh Jab.Penilain Harta (JPH) semasa hartanah itu hendak dijual atau dipindah milik (secara hibah) bukan untuk menentukan kadar Cukai Pintu yang memang terletak dibawah kuasa PBT.
5. Persatuan ini bukanlah membantah urusan MPAJ atau Kerajaan dalam isu ini, sebaliknya hanya "menyuarakan" pandangan majoriti penduduk yang agak terkesan dengan "CADANGAN" MPAJ ini. Persatuan ini faham bahawa kerajaan di mana-mana peringkat berhak untuk membuat apa-apa keputusan. Persatuan seperti kami hanya menyampaikan cita rasa penduduk sahaja. Mungkin saranan seperti ini tidak akan diendahkan oleh pihak berkuasa. Bagaimanapun Persatuan ini hanya berperanan sebagai "penyabung lidah" penduduk sahaja yang mungkin sudah ramai mengemukakan "Borang Bantahan" secara persendirian.
6. Persatuan ini memohon MPAJ mempertimbangkan perkara ini sewjarnya. Persatuan ini faham bahawa hanya pemilik hartanah persendirian sahaja yang dibenar mengisi Borang Bantahan melainkan mana-mana badan memiliki sendiri hartanah di kawasan pentadbiran MPAJ.
   
  Daripada:
PERSATUAN PENDUDUK TAMAN KOSAS (PETAK)
Disediakan oleh:
IZHAR BIN HARUN A.M.N
Penasihat PETAK
  s.k.: Haji Shafie bin Ahmad.
        Pengerusi PETAK




 

Friday, 24 May 2024

ALASAN PANDANGAN DAN BANTAHAN

  

ALASAN PANDANGAN DAN BANTAHAN

ke atas Permohonan Kebenaran Merancang Pendirian Bagi Cadangan Perumahan Yang Mengandungi Unit-unit yang dinyatakan dipapan Notis yang disertakan di bawah.


  1. Persatuan ini tiada halangan ke atas permohonan tersebut memandangkan ianya adalah projek swasta atas tanah persendirian atau tanah milik KOSAS. Bagaimanapun, Persatuan ini menjangkakan kerja-kerja pembangunan projek perumahan itu akan menimbulkan beberapa masalah kepada penduduk di Jalan Kosas 3/1 dan 3/3 seperti berikut:
   
 
  1. Pemaju pasti akan menggunakan Jalan Kosas 3/1 dan 3/3 untuk menghantar bahan-bahan binaan menggunakan kenderaan berat, menghantar jentera-jentera berat. Aktiviti ini pasti menjejaskan permukaan jalan-jalan tersebut dan boleh menimbulkan masalah kepada struktur rumah-rumah penduduk di kedua-dua jalan. Sebagai contoh, projek pembinaan longkang di bahu kanan Jalan Kosas 3/3 melibatkan lori-lori besar yang membawa longkang batu besar mengganggu pergerakan kenderaan dan parkir kenderaan penduduk sekitar projek itu. 
  2. Sekitar jalan tersebut akan berdebu apabila dilalui oleh kenderaan dan jentera-jentera berat sepanjang projek itu. Keadaan itu boleh membahayakan kesihatan penduduk terutama kanak-kanak.
  3. Apabila projek perumahan itu siap, penduduk perumahan baru itu terpaksa berkongsi laluan yang sama dengan penduduk Jalan Kosas 3/1 sedia ada dan pasti akan meningkatkan bilangan/volume kenderaan yang lalu lalang di jalan tersebut dan pasti akan mengganggu ketenteraman dan keselesaan penduduk di Jalan Kosas 3/1
   
 
  1. PANDANGAN DAN CADANGAN PERSATUAN PENDUDUK

Untuk membantu mengatasi masalah-masalah yang dinyatakan di atas, Persatuan ini mencadangkan supaya pemaju membina sebuah jambatan merentasi sungai Ampang untuk dijadikan laluan utama ke projek perumahan baru itu sebagai langkah jangka panjang bagi mengatasi masalah tersebut di atas. Dengan itu Persatuan mohon mencadang. Terima kasih.

   
     

HJ. IZHAR HARUN
Penasihat
Persatuan Penduduk Taman Kosas (sejak 1992)
68000 Ampang, Selangor


23 Mei 2024

Tuesday, 19 December 2023

Saturday, 11 November 2023

Thursday, 9 November 2023

KRONOLOGI RAYUAN KE ATAS PEMBATALAN PENDAFTARAN

  A.  
 TARIKH  03.06.2022
 PERISTIWA Terima SURAT KUNING daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Negeri Selangor (ROS) untuk membatalkan PETAK dengan memberi 30 hari notis untuk memberi sebab. Perintah Pembatalan berkuat kuasa pada 13 Julai 2022.
 TINDAKAN AJK bermesyuarat dan bersetuju untuk membuat rayuan. Pada 4.8.2022 Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Penolong Setiausaha telah hadir di KDN Putrajaya dengan mengemukakan rayuan dan bayaran fi berjumlah RM50.00.
 RESPONS KDN / ROS  Tiada apa-apa respons dari KDN hingga 17.08.2022.
  B.  
 TARIKH  18.08.2022
PERISTIWA PETAK terima SURAT MERAH bertarikh 13.07.2022 (PERINTAH MEMBATALKAN PETAK) dengan alasan PETAK tiada membuat rayuan.
Pada 19.08.2022, Timbalan Pengerusi menerima email dari  KDN (rayuanpertubuhan@moha.gov.my) meminta PETAK kemukakan secara serahan tangan dokumen ke Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan (PP), KDN Putrajaya.
 TINDAKAN
  1. Oleh kerana tiada respons dari mana-mana pihak, pada 10.01.2023 Penasihat PETAK menghubungi ROS Selangor dan bercakap dengan Puan Nur Fatimah Shahulel.
  2. Dihari yang sama Penasihat PETAK menghubungi KDN bercakap  dengan Puan Haytie Zakaria untuk penjelasan.
RESPONS KDN / ROS
  1. Puan Nur Fatimah Shahulel memberitahu bahawa PETAK sepatutnya berurusan dengan ROS Selangor semasa membuat rayuan sebab pembatalan dan bukan terus ke KDN. Itu sebabnya ROS Selangor mengeluarkan Notis Merah kerana tidak menerima sebarang maklum balas dari PETAK.

    Setelah menjelaskan bahawa PETAK telah berurusan dengan KDN termasuk membayar fi RM50.00 dan KDN telah meminta PETAK kemukan Penyata Kewangan tahun 2017, 2018 dan 2019. PETAK tidak menerima sebarang maklum balas dari KDN hingga 10.01.2023.

    Puan Nur Fatimah menyarankan supaya PETAK membuat rayuan kepada KDN dengan mengemukakan 3 salinan sijil pendaftaran, surat pembatalan dengan mengisi borang rayuan yang boleh dimuat turun dilaman web KDN. (https://www.ros.gov.my)

  2. Puan Hayatie Zakaria memaklumkan KDN telah menerima rayuan PETAK termasuk bayaran fi RM50.00. Jika KDN memerlukan dokumen dan maklumat lanjut pihak KDN akan menghubungi melalui email. Beliau telah dimaklumkan PETAK pernah menerima email KDN pada 19.08.2022 meminta penyata kewangan PETAK untuk tahun 2017, 2018 dan 2019 yang dihantar secara serahan tangan pada 23.08.2022.

    Menurut beliau jika selepas itu PETAK tidak ada menerima apa-apa email lagi bererti PETAK kena tunggu keputusan rayuan kerana KDN sedang banyak rayuan.

    Beliau juga memberitahu PETAK tidak perlu mengisi / hantar borang rayuan lagi kerana jika PETAK tidak hantar borang rayuan sudah pasti KDN akan meminta PETAK mengisi borang rayuan tersebut.

     

  C.  
 TARIKH 26.10.2022
 PERISTIWA

Setelah menghantar beberapa email untuk mengetahui kedudukan rayuan PETAK (dikemukakan sejak 04.08.2023), Timbalan Pengerusi memaklumkan menerima email daripada Jabatan Insolvensi meminta maklumat/dokumen mengenai 10 perkara seperti yang dinyatakan dalam surat tersebut.
Sebelum sempat berurusan dengan Jabatan Insolvensi, pada 02.11.2023 PETAK telah menerima surat KDN bertarikh 19.10.2023 keputusan rayuan PETAK adalah DILULUSKAN.

TINDAKAN Pada 01.11.2023, Pengerusi dan Penasihat PETAK telah menghubungi Jabatan Insolvensi melalui telefon tetapi gagal (tiada “ringing tone”) dan seterusnya menghantar email kepada Jabatan Insolvensi untuk menetapkan tarikh temujanji.
RESPONS KDN / ROS Penjelasan dari Jabatan Insolvensi talian telefon jabatan rosak.

Bagaimana pun Jabatan Insolvensi Selangor menjelaskan menerusi surat yang di email kepada Penasihat PETAK mengambil maklum kelulusan rayuan persatuan dariapada KDN. Dengan itu tiada apa-apa tindakan perlu di ambil oleh PETAK ke atas surat Jabatan Insolvensi bertarikh 26.10.2023.

NB: KES RAYUAN PEMBATALAN PETAK SELESAI.
  D.  
 TARIKH 03.11.2023
 PERISTIWA Musykil dengan arahan KDN supaya PETAK perlu menghubungi ROS Selangor.
 TINDAKAN Penasihat PETAK telah menghubungi ROS melalui telefon dan bercakap dengan Pegawai Encik Miqdad Miqail.
RESPONS KDN / ROS Tujuan adalah untuk ROS Selangor aktifkan PETAK dalam tempoh 2 minggu kerana ROS belum menerima surat daripada KDN.
   

 Disediakan oleh:

IZHAR BIN HARUN
A.M.N.
(PENASIHAT PETAK)

Sunday, 30 October 2022

PROGRAM JELAJAH AGRIKOMODITI PADA 23 OKTOBER 2022

PETAK TELAH TURUT DIJEMPUT MENGHADIRI PROGRAM JELAJAH AGRIKOMODITI YANG DIRASMIKAN OLEH DATUK ZURAIDA KAMARUDDIN DI BARAKAH HOTEL, AMPANG, SELANGOR
Program Jom Kenali Agrikomoditi diterapkan ke peringkat komuniti bandar bagi memupuk kesedaran mengenai kebaikan produk komoditi negara. Kesedaran tersebut bagi menjaga kepentingan sektor agrikomoditi negara khususnya dalam merealisasikan hasrat Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) untuk mempelopori penjualan minyak sawit ke seluruh dunia. Menurut Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin, kesedaran dipupuk menerusi Jelajah Agrikomoditi di peringkat antarabangsa dan dalam negara bagi menangkis persepsi buruk negara luar serta memperkasa enam komoditi iaitu sawit, getah, koko, lada, kenaf dan kayu kayan yang menyumbang kepada pendapatan negara. "Kita percaya bahawa walaupun ia komuniti bandar, tak tanam sawit dan tak tanam getah, tetapi pengetahuan tentang kedudukan komoditi kita itu penting untuk rakyat apa lapisan sekali pun, sekiranya ada apa-apa tuduhan yang diberikan ketika mereka bertemu dengan orang ramai ke, dengan warga asing ke, jadi mereka boleh memberikan penjelasan yang jelas bila mereka bila menghadiri program sebegini," kata beliau ketika ditemui media selepas menghadiri program Jom Kenali Agrikomoditi, di sini hari ini.

Thursday, 24 March 2022

Tuesday, 25 January 2022

Pandemik COVID-19

Kerajaan Malaysia yang diketuai oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa mulai 18 Mac 2020 di seluruh negara.

Pada 16 Mac 2020 jam 9 malam waktu Malaysia, Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi ucapan rasmi secara langsung di televisyen dan secara rasmi mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Malaysia 2020-21, yang juga disebut sebagai PKP atau MCO (Bahasa Inggeris: movement control order), merujuk kepada tindakan pencegahan yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan Malaysia terhadap wabak koronavirus (COVID-19) mulai 18 Mac 2020.[2] Perintah tersebut sering dirujuk oleh pihak media sama ada beberapa media tempatan mahupun media antarabangsa sebagai "Lockdown".

Wednesday, 3 February 2021

DATUK ISMAIL KIJO MENINGGAL DUNIA

Bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Lembah Jaya yang juga Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo, 69, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada jam 12.33 tengah hari pada Rabu.
PETAK dan seluruh AJK merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo yang meninggal dunia hari ini, semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh.
Artikel Penuh : sinarharian.com.my

Wednesday, 17 June 2020

BAIK PULIH TULISAN PAPAN TANDA YANG PUDAR

Papan tanda jalan ini terletak di antara Jalan Kerja Ayer Lama dengan persimpangan Jalan 4K, Ampang Jaya. Kerja-kerja menganti tulisan Persatuan Penduduk Taman Kosas yang telah pudar ini dibiayai oleh Dassa Advertising.
Lokasi papan tanda jalan di atas terletak dipersimpangan antara Jalan Bukit Indah Utama dengan Jalan Kosas Utama.

Monday, 15 June 2020

Wednesday, 10 June 2020

Sunday, 15 March 2020

SEMBANG SANTAI BERSAMA POLIS AMPANG

Perjumpaan di antara AJK PETAK dengan pihak polis yang terdiri dari 2 orang Pegawai dan 2 Pegawai Rendah Polis daripada IPD Ampang Jaya telah diadakan pada hari Sabtu, 7 Mac 2020. Perjumpaan secara santai ini membincangkan mengenai isu-isu keselamatan dan kes-kes yang sering berlaku di kawasan persekitaran Taman Kosas dan menerangkan cara-cara penyaluran maklumat berkaitan jenayah untuk diambil tindakan dan langkah-langkah pencegahan yang akan dijalankan.
Pihak IPD Ampang Jaya di ketuai oleh ASP Alwizan Bin Jaafar diiringi Insp. Mulyadi dan 2 anggota manakala PETAK diwakili Pengerusi Tn Hj Shafie Ahmad, Timbalan Pengerusi Dr Haron, En Ahmad Azhar dan En Jamil Yahya.
ASP Alwizan Bin Jaafar

Wednesday, 19 February 2020

PERBINCANGAN KUMPULAN SASAR ANJURAN MPAJ

SARANAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN KOSAS FASA III (PETAK) DI MAJLIS PERBINCANGAN KUMPULAN SASAR ANJURAN MPAJ PADA 19 FEBRUARY 2020.
1. Untuk membantu mengatasi masalah banjir kilat yang sering melanda kawasan pentadbiran MPAJ, disaran supaya pihak Jabatan Pengairan dan Saliran menyelenggara Sungai Ampang dari hulunya hingga ke Kuala Ampang. Manakala pihak MPAJ membuat sesuatu keatas jambatan yang berhampiran Sekolah Kebangsaan Ampang/Masjid Al-Huda yang separas dengan jalan yang sering menyekat kelancaran air sungai itu semasa musim hujan. Difahamkan masjid itu sudah menjadi mangsa banjir setiap kali berlaku hujan lebat.
2. Memohon pihak MPAJ memasang lampu led dan CCTV di taman-taman rekreasi dan taman permainan kanak-kanak untuk meningkatkan tahap keselamatan penduduk, terutama kanak-kanak.
3. Memohon pihak MPAJ mempromosi Taman Rimba Ampang dengan lebih agrasif menerusi media social (laman sesawang MPAJ) untuk mejadi tarikan pelancong tempatan dan juga luar termasuk mengubah nama Taman Rimba itu daripada Taman Rimba Bukit “Belacan” (nama peledak/peletup batu kuari) kepada Taman Rimba Sungai Ampang yang lebih komersial.
4.
Memohon MPAJ menghentikan operasi sebuah syarikat pembinaan yang beroperasi bersempadan dengan Taman Perumahan (Syarikat Ho Hup) sejak berpuluh tahun dengan mengarahkan supaya berpindah ke kawasan lain, jauh dari Taman Perumahan. Kehadiran syarikat itu mewujudkan “kacau ganggu” kepada penduduk dari segi operasinya serta kenderan berat melalui Taman Perumahan,menyebabkan kerosakan rumah-rumah penduduk, jalan-jalan di kawasan perumahan serta berdebu serta mengancam “keselesaan / keselamatan dan kesihatan” penduduk.
5. Memohon pihak MPAJ memantau gerai-gerai jualan makanan ringan di tepi jalan sekolah-sekolah di kawasan Ampang bagi mencegah jualan  “junk food” dan “junk food berperisa dadah” kepada kanak-kanak sekolah.
6. Memohon pihak MPAJ mengawal kegiatan “saudagar karat” di kalangan warga asing yang berbasikal / bermotor / menggunakan lori. Kegiatan ini wajib dipantau oleh pihak berkuasa untuk mempastikan kegiatan mereka tidak mengancam keselamatan penduduk sekitar.
7.
Memohon MPAJ menyarankan kepada pihak Immigresen supaya mewajibkan warga asing tanpa mengira dimana mereka supaya memakai dokumen pengenalan diri yang digantung dileher masing-masing seperti yang diwajibkan kepada “jamaah haji di Makkah” untuk memudahkan mereka dikenali.
8.
Memohon supaya MPAJ mengarahkan supaya pejabat passport warga Bangladesh yang berperasi dipekan Ampang Lama berpindah ketempat atau premis lain kerana kawasan itu kini sesak. Disamping itu mereka mula “menguasai” kawasan itu termasuk membuka perniagaan di sekitar kawasan berampiran.
9.
Memohon pihak MPAJ danagensi-agensi lain supaya tidak mengenakan tindakan terhadap pemberi maklumat tentang masalah setempat di bawah undang-undang “fake news”. Apa yang penting adalah maklumat yang di salurkan untuk perhatian dan tindakan pihak berkuasa. Anggaplah Persatuan Penduduk dan seumpamanya sebagai mata, telinga dan suara rakyat tanpa sekatan. Sebagai contoh kewujudan FB “This is Ampang” banyak membantu penduduk untuk menyalurkan makluman tentang masalah penduduk Ampang amnya.
10.
Memohonpihak MPAJ memantau kerja-kerja kontraktor yang kerjanya mengorek lobang/parit di sekitar kawasan Ampang yang kerap benar terkorek paip besar bekalan air. Bila berlaku paip pecah penderitaan penduduk, terutama yang tinggal dirumah flat / pangsa / kawasan tinggi tidak dapat dibayangkan dengan kata-kata. Kami memohon agar kawasan Ampang ini tidak digelar “Bandar Kontang”.
11. Memohon pihak MPAJ mencadangkan kepada KOSAS atau Metroplex supaya “membangunkan” tanah di tebing sungai Ampang bersempadan dengan Jalan Kosas 3/2 dan 3/3 serta tanah bekas kolam ikan di Fasa 1 Taman Kosas memandangkan kawasan-kawasan itu terbiar serta dalam keadaan semak samun sejak beberapa tahun yang lalu. Adalah disarankan supaya kawasan itu dibangunkan dengan rumah mampu milik.
Sumbangan PersatuanPenduduk Taman KosasFasa III.
19.2.2020
Oleh:
HJ IZHAR HJ HARUN

Friday, 30 August 2019

Tuesday, 16 July 2019

PEMASANGAN PAPAN TANDA CEGAH MINUM ARAK DI TAMAN PERMAINAN

Pemasangan papan tanda larangan di pondok wakaf di Padang Permainan Fasa 3 sebagai usaha PETAK mencegah aktiviti meminum arak dan penyalahgunaan dadah di Taman Kosas.
 
Diharap dengan pemasangan papan tanda amaran dan larangan ini, aktiviti yang tidak sihat seperti melepak dan minum arak di pondok wakaf dapat dibendung dari terus berlarutan.
 
Pihak PETAK prihatin dengan keluhan masyarakat yang mengadu berkenaan kehadiran beberapa individu melepak di kawasan taman permainan pada waktu malam sambil meminum arak.
Perbuatan tidak bermoral itu bukan sahaja mengundang rasa tidak selesa kerana mewujudkan bunyi bising malah isu kebersihan apabila mereka membuang botol dan tin minuman keras serta puntung rokok merata-rata.