Friday, 24 May 2024

ALASAN PANDANGAN DAN BANTAHAN

  

ALASAN PANDANGAN DAN BANTAHAN

ke atas Permohonan Kebenaran Merancang Pendirian Bagi Cadangan Perumahan Yang Mengandungi Unit-unit yang dinyatakan dipapan Notis yang disertakan di bawah.


  1. Persatuan ini tiada halangan ke atas permohonan tersebut memandangkan ianya adalah projek swasta atas tanah persendirian atau tanah milik KOSAS. Bagaimanapun, Persatuan ini menjangkakan kerja-kerja pembangunan projek perumahan itu akan menimbulkan beberapa masalah kepada penduduk di Jalan Kosas 3/1 dan 3/3 seperti berikut:
   
 
  1. Pemaju pasti akan menggunakan Jalan Kosas 3/1 dan 3/3 untuk menghantar bahan-bahan binaan menggunakan kenderaan berat, menghantar jentera-jentera berat. Aktiviti ini pasti menjejaskan permukaan jalan-jalan tersebut dan boleh menimbulkan masalah kepada struktur rumah-rumah penduduk di kedua-dua jalan. Sebagai contoh, projek pembinaan longkang di bahu kanan Jalan Kosas 3/3 melibatkan lori-lori besar yang membawa longkang batu besar mengganggu pergerakan kenderaan dan parkir kenderaan penduduk sekitar projek itu. 
  2. Sekitar jalan tersebut akan berdebu apabila dilalui oleh kenderaan dan jentera-jentera berat sepanjang projek itu. Keadaan itu boleh membahayakan kesihatan penduduk terutama kanak-kanak.
  3. Apabila projek perumahan itu siap, penduduk perumahan baru itu terpaksa berkongsi laluan yang sama dengan penduduk Jalan Kosas 3/1 sedia ada dan pasti akan meningkatkan bilangan/volume kenderaan yang lalu lalang di jalan tersebut dan pasti akan mengganggu ketenteraman dan keselesaan penduduk di Jalan Kosas 3/1
   
 
  1. PANDANGAN DAN CADANGAN PERSATUAN PENDUDUK

Untuk membantu mengatasi masalah-masalah yang dinyatakan di atas, Persatuan ini mencadangkan supaya pemaju membina sebuah jambatan merentasi sungai Ampang untuk dijadikan laluan utama ke projek perumahan baru itu sebagai langkah jangka panjang bagi mengatasi masalah tersebut di atas. Dengan itu Persatuan mohon mencadang. Terima kasih.

   
     

HJ. IZHAR HARUN
Penasihat
Persatuan Penduduk Taman Kosas (sejak 1992)
68000 Ampang, Selangor


23 Mei 2024

0 comments:

Post a Comment