|
|
NILAIAN BARU HARTANAH DALAM KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA | |
Dengan hormatnya Persatuan ini merujuk kepada SOALAN LAZIM (FAQ) Senarai Nilaian Baru, MPAJ yang disediakan oleh Jabatan Penilaian dan Pembangunan Hartanah, MPAJ yang dikemaskini pasa 25 April 2024. | |
2. | Kertas FAQ itu antara lain menjelaskan Bagaimana MPAJ menentukan cukai yang akan dikenakan "berdasarkan anggaran SEWA setahun pegangan (harta)" dan kiraannya adalah mengikut formula yang dinyatakan di muka surat 4 FAQ itu. Sebarang bantahan oleh individu hendaklah dikemukakan kepada MPAJ selewat-lewatnya pada 15.5.2024 tetapi telah dilanjutkan hingga 31.5.2024 menggunakan BORANG BANTAHAN KE ATAS SENARAI NILAIAN BARU. |
3. | Pada hemat Persatuan ini, formula itu sepatutnya terpakai kepada pemegang harta yang menyewakan “harta” mereka sahaja dan tidak terpakai kepada mereka yang TIDAK menyewakan harta mereka. Berdasarkan formula yang digunapakai oleh MPAJ itu, mereka yang tidak menyewakan atau tidak mendapat hasil dari harta pegangan mereka menjadi "mangsa" kepada mereka yang menyewakan harta mereka. Kadar sewaan di Ampang sejak kebelakangan ini agak lumayan. Apakah rationalnya formula itu. |
4. | Lazimnya nilai semasa hartanah ditentukan oleh Jab.Penilain Harta (JPH) semasa hartanah itu hendak dijual atau dipindah milik (secara hibah) bukan untuk menentukan kadar Cukai Pintu yang memang terletak dibawah kuasa PBT. |
5. | Persatuan ini bukanlah membantah urusan MPAJ atau Kerajaan dalam isu ini, sebaliknya hanya "menyuarakan" pandangan majoriti penduduk yang agak terkesan dengan "CADANGAN" MPAJ ini. Persatuan ini faham bahawa kerajaan di mana-mana peringkat berhak untuk membuat apa-apa keputusan. Persatuan seperti kami hanya menyampaikan cita rasa penduduk sahaja. Mungkin saranan seperti ini tidak akan diendahkan oleh pihak berkuasa. Bagaimanapun Persatuan ini hanya berperanan sebagai "penyabung lidah" penduduk sahaja yang mungkin sudah ramai mengemukakan "Borang Bantahan" secara persendirian. |
6. | Persatuan ini memohon MPAJ mempertimbangkan perkara ini sewjarnya. Persatuan ini faham bahawa hanya pemilik hartanah persendirian sahaja yang dibenar mengisi Borang Bantahan melainkan mana-mana badan memiliki sendiri hartanah di kawasan pentadbiran MPAJ. |
Daripada: PERSATUAN PENDUDUK TAMAN KOSAS (PETAK) Disediakan oleh: IZHAR BIN HARUN A.M.N Penasihat PETAK |
|
s.k.: Haji Shafie bin Ahmad. Pengerusi PETAK |
0 comments:
Post a Comment