Sunday 7 July 2024

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KE 14, 15 DAN 16

Ucapan Pengerusi PETAK bagi Tempoh Tahun 2017-2019 - Tn Hj Shafie Ahmad
Ucapan dan Majlis Perasmian oleh: - Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad (DUN Lembah Jaya)
 

Dimaklumkan bahawa Persatuan Penduduk Taman Kosas (PETAK) kali terakhir mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan ke 13 pada 23 Julai 2017 dan telah melantik AJK untuk tempoh 2017-2019. Mesyuarat Dwi Tahunan ke 14 sepatutnya diadakan pada Jun 2020. Oleh kerana kekangan PKP yang berkuatkuasa pada 18 Mac 2020, PETAK tidak dapat mengadakan Mesyuarat Agung pada tempoh tersebut termasuk menjalankan aktivitinya. Akibat dari itu, PETAK telah dibatalkan pada 13 Julai 2022 namun rayuan pembatalan PETAK telah diluluskan oleh KDN pada 19 Oktober 2023 untuk membolehkan PETAK aktif semula. Mesyuarat Agung Dwi Tahunan kali 14, 15 dan 16 ini telah di adakan pada: 

30 JUN 2024 | 9 PAGI | AHAD | TEMPAT: PADANG PERMAINAN JALAN KOSAS 3/5

Ucapan aluan oleh Penasihat PETAK, Tn Hj Izhar Harun (2 dari kiri)

 
   
     
     

0 comments:

Post a Comment