|
Pemasangan papan tanda larangan di pondok wakaf di Padang Permainan Fasa 3 sebagai usaha PETAK mencegah aktiviti meminum arak dan penyalahgunaan dadah di Taman Kosas. |
|
|
Diharap dengan pemasangan papan tanda amaran dan larangan ini, aktiviti yang tidak sihat seperti melepak dan minum arak di pondok wakaf dapat dibendung dari terus berlarutan. |
|
Pihak PETAK prihatin dengan keluhan masyarakat yang mengadu berkenaan kehadiran beberapa individu melepak di kawasan taman permainan pada waktu malam sambil meminum arak. Perbuatan tidak bermoral itu bukan sahaja mengundang rasa tidak selesa kerana mewujudkan bunyi bising malah isu kebersihan apabila mereka membuang botol dan tin minuman keras serta puntung rokok merata-rata. |
|
|