Thursday 9 November 2023

KRONOLOGI RAYUAN KE ATAS PEMBATALAN PENDAFTARAN

  A.  
 TARIKH  03.06.2022
 PERISTIWA Terima SURAT KUNING daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Negeri Selangor (ROS) untuk membatalkan PETAK dengan memberi 30 hari notis untuk memberi sebab. Perintah Pembatalan berkuat kuasa pada 13 Julai 2022.
 TINDAKAN AJK bermesyuarat dan bersetuju untuk membuat rayuan. Pada 4.8.2022 Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Penolong Setiausaha telah hadir di KDN Putrajaya dengan mengemukakan rayuan dan bayaran fi berjumlah RM50.00.
 RESPONS KDN / ROS  Tiada apa-apa respons dari KDN hingga 17.08.2022.
  B.  
 TARIKH  18.08.2022
PERISTIWA PETAK terima SURAT MERAH bertarikh 13.07.2022 (PERINTAH MEMBATALKAN PETAK) dengan alasan PETAK tiada membuat rayuan.
Pada 19.08.2022, Timbalan Pengerusi menerima email dari  KDN (rayuanpertubuhan@moha.gov.my) meminta PETAK kemukakan secara serahan tangan dokumen ke Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan (PP), KDN Putrajaya.
 TINDAKAN
  1. Oleh kerana tiada respons dari mana-mana pihak, pada 10.01.2023 Penasihat PETAK menghubungi ROS Selangor dan bercakap dengan Puan Nur Fatimah Shahulel.
  2. Dihari yang sama Penasihat PETAK menghubungi KDN bercakap  dengan Puan Haytie Zakaria untuk penjelasan.
RESPONS KDN / ROS
  1. Puan Nur Fatimah Shahulel memberitahu bahawa PETAK sepatutnya berurusan dengan ROS Selangor semasa membuat rayuan sebab pembatalan dan bukan terus ke KDN. Itu sebabnya ROS Selangor mengeluarkan Notis Merah kerana tidak menerima sebarang maklum balas dari PETAK.

    Setelah menjelaskan bahawa PETAK telah berurusan dengan KDN termasuk membayar fi RM50.00 dan KDN telah meminta PETAK kemukan Penyata Kewangan tahun 2017, 2018 dan 2019. PETAK tidak menerima sebarang maklum balas dari KDN hingga 10.01.2023.

    Puan Nur Fatimah menyarankan supaya PETAK membuat rayuan kepada KDN dengan mengemukakan 3 salinan sijil pendaftaran, surat pembatalan dengan mengisi borang rayuan yang boleh dimuat turun dilaman web KDN. (https://www.ros.gov.my)

  2. Puan Hayatie Zakaria memaklumkan KDN telah menerima rayuan PETAK termasuk bayaran fi RM50.00. Jika KDN memerlukan dokumen dan maklumat lanjut pihak KDN akan menghubungi melalui email. Beliau telah dimaklumkan PETAK pernah menerima email KDN pada 19.08.2022 meminta penyata kewangan PETAK untuk tahun 2017, 2018 dan 2019 yang dihantar secara serahan tangan pada 23.08.2022.

    Menurut beliau jika selepas itu PETAK tidak ada menerima apa-apa email lagi bererti PETAK kena tunggu keputusan rayuan kerana KDN sedang banyak rayuan.

    Beliau juga memberitahu PETAK tidak perlu mengisi / hantar borang rayuan lagi kerana jika PETAK tidak hantar borang rayuan sudah pasti KDN akan meminta PETAK mengisi borang rayuan tersebut.

     

  C.  
 TARIKH 26.10.2022
 PERISTIWA

Setelah menghantar beberapa email untuk mengetahui kedudukan rayuan PETAK (dikemukakan sejak 04.08.2023), Timbalan Pengerusi memaklumkan menerima email daripada Jabatan Insolvensi meminta maklumat/dokumen mengenai 10 perkara seperti yang dinyatakan dalam surat tersebut.
Sebelum sempat berurusan dengan Jabatan Insolvensi, pada 02.11.2023 PETAK telah menerima surat KDN bertarikh 19.10.2023 keputusan rayuan PETAK adalah DILULUSKAN.

TINDAKAN Pada 01.11.2023, Pengerusi dan Penasihat PETAK telah menghubungi Jabatan Insolvensi melalui telefon tetapi gagal (tiada “ringing tone”) dan seterusnya menghantar email kepada Jabatan Insolvensi untuk menetapkan tarikh temujanji.
RESPONS KDN / ROS Penjelasan dari Jabatan Insolvensi talian telefon jabatan rosak.

Bagaimana pun Jabatan Insolvensi Selangor menjelaskan menerusi surat yang di email kepada Penasihat PETAK mengambil maklum kelulusan rayuan persatuan dariapada KDN. Dengan itu tiada apa-apa tindakan perlu di ambil oleh PETAK ke atas surat Jabatan Insolvensi bertarikh 26.10.2023.

NB: KES RAYUAN PEMBATALAN PETAK SELESAI.
  D.  
 TARIKH 03.11.2023
 PERISTIWA Musykil dengan arahan KDN supaya PETAK perlu menghubungi ROS Selangor.
 TINDAKAN Penasihat PETAK telah menghubungi ROS melalui telefon dan bercakap dengan Pegawai Encik Miqdad Miqail.
RESPONS KDN / ROS Tujuan adalah untuk ROS Selangor aktifkan PETAK dalam tempoh 2 minggu kerana ROS belum menerima surat daripada KDN.
   

 Disediakan oleh:

IZHAR BIN HARUN
A.M.N.
(PENASIHAT PETAK)

0 comments:

Post a Comment