Saturday 27 August 2016

ULANG TAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA 2016

    Tarikh 31 Ogos 1957 merupakan hari kemerdekaan negara atau Hari Kebangsaan Malaysia.
    Pada tahun ini "Sehati Sejiwa" dipilih menjadi tema hari kebangsaan ke 59 yang mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat Malaysia. Ianya merupakan tema yang sama pada tahun 2015.
    31 Ogos 2016 merupakan ulang tahun kemerdekaan negara Malaysia ke-59.
    Mulai tahun 2015, sambutan kemerdekaan negara Malaysia tidak lagi menggunakan ungkapan "Hari Kemerdekaan ke 58" tetapi hanya "Hari Kemerdekaan 2015" untuk menyeragamkan antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung kerana penggabungan Malaysia yang sebenarnya adalah pada tarikh 16 September 1963 (Hari Malaysia) manakala 31 Ogos 1957 hanya melibatkan Semenanjung sahaja.
    Kini Hari Merdeka dikenali sebagai Hari Kemerdekaan Malaysia 2016

Info seterusnya di sini