Pemantauan oleh Pengerusi PETAK pada 24 September, mendapati kesemua "main hole" projek Indah Water (IWK) di Jalan Kosas 3/9 telah diturap dan tiada lagi penghalang.
Projek ini dibangunkan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) untuk melaksanakan projek Loji Rawatan Kumbahan Berpusat dan Sistem Paip Pembetungan Langat. Agensi Pelaksana projek Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP) dan Pengurusan projek oleh Indah Water Konsortium (IWK)
JEMPUTAN PENGURUSAN ASET AIR BERHAD (PAAB) - PROJEK LANGAT 2
CADANGAN PEMBANGUNAN LOGI RAWATAN AIR LANGAT 2 DAN SISTEM PENGAGIHAN AIR DI NEGERI SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR.
Sehubungan dengan perkara di atas pihak PAAB menjemput YB/YBhg/YDH/Datuk/Tuan/Puan ke satu majlis taklimat perlaksanaan projek sebagaimana ketetapan berikut:
- Tarikh : 24 September 2016 (Sabtu)
- Masa : 10 pagi
- Lokasi : Lavender Garden Hall, Jalan AWF 1,
Ampang Waterfront
Pihak Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) menjemput beberapa NGO (Ampang dan Ulu Kelang) ke taklimat seperti surat di atas.
Tarikh 31 Ogos 1957 merupakan hari kemerdekaan negara atau Hari Kebangsaan Malaysia.
Pada tahun ini "Sehati Sejiwa" dipilih menjadi tema hari kebangsaan ke 59 yang mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat Malaysia. Ianya merupakan tema yang sama pada tahun 2015.
31 Ogos 2016 merupakan ulang tahun kemerdekaan negara Malaysia ke-59.
Mulai tahun 2015, sambutan kemerdekaan negara Malaysia tidak lagi menggunakan ungkapan "Hari Kemerdekaan ke 58" tetapi hanya "Hari Kemerdekaan 2015" untuk menyeragamkan antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung kerana penggabungan Malaysia yang sebenarnya adalah pada tarikh 16 September 1963 (Hari Malaysia) manakala 31 Ogos 1957 hanya melibatkan Semenanjung sahaja.
Kini Hari Merdeka dikenali sebagai Hari Kemerdekaan Malaysia 2016
Info seterusnya di sini