Saturday, 25 May 2024

NILAIAN BARU HARTANAH DALAM KAWASAN PENTADBIRAN MPAJ

 
 
 
NILAIAN BARU HARTANAH DALAM KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
Dengan hormatnya Persatuan ini merujuk kepada SOALAN LAZIM (FAQ) Senarai Nilaian Baru, MPAJ yang disediakan oleh Jabatan Penilaian dan Pembangunan Hartanah, MPAJ yang dikemaskini pasa 25 April 2024.
2. Kertas FAQ itu antara lain menjelaskan Bagaimana MPAJ menentukan cukai yang akan dikenakan "berdasarkan anggaran SEWA setahun pegangan (harta)" dan kiraannya adalah mengikut formula yang dinyatakan di muka surat 4 FAQ itu. Sebarang bantahan oleh individu hendaklah dikemukakan kepada MPAJ selewat-lewatnya pada 15.5.2024 tetapi telah dilanjutkan hingga 31.5.2024 menggunakan BORANG BANTAHAN KE ATAS SENARAI NILAIAN BARU.
3. Pada hemat Persatuan ini, formula itu sepatutnya terpakai kepada pemegang harta yang menyewakan “harta” mereka sahaja dan tidak terpakai kepada mereka yang TIDAK menyewakan harta mereka. Berdasarkan formula yang digunapakai oleh MPAJ itu, mereka yang tidak menyewakan atau tidak mendapat hasil dari harta pegangan mereka menjadi "mangsa" kepada mereka yang menyewakan harta mereka. Kadar sewaan di Ampang sejak kebelakangan ini agak lumayan. Apakah rationalnya formula itu.
4. Lazimnya nilai semasa hartanah ditentukan oleh Jab.Penilain Harta (JPH) semasa hartanah itu hendak dijual atau dipindah milik (secara hibah) bukan untuk menentukan kadar Cukai Pintu yang memang terletak dibawah kuasa PBT.
5. Persatuan ini bukanlah membantah urusan MPAJ atau Kerajaan dalam isu ini, sebaliknya hanya "menyuarakan" pandangan majoriti penduduk yang agak terkesan dengan "CADANGAN" MPAJ ini. Persatuan ini faham bahawa kerajaan di mana-mana peringkat berhak untuk membuat apa-apa keputusan. Persatuan seperti kami hanya menyampaikan cita rasa penduduk sahaja. Mungkin saranan seperti ini tidak akan diendahkan oleh pihak berkuasa. Bagaimanapun Persatuan ini hanya berperanan sebagai "penyabung lidah" penduduk sahaja yang mungkin sudah ramai mengemukakan "Borang Bantahan" secara persendirian.
6. Persatuan ini memohon MPAJ mempertimbangkan perkara ini sewjarnya. Persatuan ini faham bahawa hanya pemilik hartanah persendirian sahaja yang dibenar mengisi Borang Bantahan melainkan mana-mana badan memiliki sendiri hartanah di kawasan pentadbiran MPAJ.
   
  Daripada:
PERSATUAN PENDUDUK TAMAN KOSAS (PETAK)
Disediakan oleh:
IZHAR BIN HARUN A.M.N
Penasihat PETAK
  s.k.: Haji Shafie bin Ahmad.
        Pengerusi PETAK




 

Friday, 24 May 2024

ALASAN PANDANGAN DAN BANTAHAN

  

ALASAN PANDANGAN DAN BANTAHAN

ke atas Permohonan Kebenaran Merancang Pendirian Bagi Cadangan Perumahan Yang Mengandungi Unit-unit yang dinyatakan dipapan Notis yang disertakan di bawah.


  1. Persatuan ini tiada halangan ke atas permohonan tersebut memandangkan ianya adalah projek swasta atas tanah persendirian atau tanah milik KOSAS. Bagaimanapun, Persatuan ini menjangkakan kerja-kerja pembangunan projek perumahan itu akan menimbulkan beberapa masalah kepada penduduk di Jalan Kosas 3/1 dan 3/3 seperti berikut:
   
 
  1. Pemaju pasti akan menggunakan Jalan Kosas 3/1 dan 3/3 untuk menghantar bahan-bahan binaan menggunakan kenderaan berat, menghantar jentera-jentera berat. Aktiviti ini pasti menjejaskan permukaan jalan-jalan tersebut dan boleh menimbulkan masalah kepada struktur rumah-rumah penduduk di kedua-dua jalan. Sebagai contoh, projek pembinaan longkang di bahu kanan Jalan Kosas 3/3 melibatkan lori-lori besar yang membawa longkang batu besar mengganggu pergerakan kenderaan dan parkir kenderaan penduduk sekitar projek itu. 
  2. Sekitar jalan tersebut akan berdebu apabila dilalui oleh kenderaan dan jentera-jentera berat sepanjang projek itu. Keadaan itu boleh membahayakan kesihatan penduduk terutama kanak-kanak.
  3. Apabila projek perumahan itu siap, penduduk perumahan baru itu terpaksa berkongsi laluan yang sama dengan penduduk Jalan Kosas 3/1 sedia ada dan pasti akan meningkatkan bilangan/volume kenderaan yang lalu lalang di jalan tersebut dan pasti akan mengganggu ketenteraman dan keselesaan penduduk di Jalan Kosas 3/1
   
 
  1. PANDANGAN DAN CADANGAN PERSATUAN PENDUDUK

Untuk membantu mengatasi masalah-masalah yang dinyatakan di atas, Persatuan ini mencadangkan supaya pemaju membina sebuah jambatan merentasi sungai Ampang untuk dijadikan laluan utama ke projek perumahan baru itu sebagai langkah jangka panjang bagi mengatasi masalah tersebut di atas. Dengan itu Persatuan mohon mencadang. Terima kasih.

   
     

HJ. IZHAR HARUN
Penasihat
Persatuan Penduduk Taman Kosas (sejak 1992)
68000 Ampang, Selangor


23 Mei 2024