Friday, 30 August 2019

Tuesday, 16 July 2019

PEMASANGAN PAPAN TANDA CEGAH MINUM ARAK DI TAMAN PERMAINAN

Pemasangan papan tanda larangan di pondok wakaf di Padang Permainan Fasa 3 sebagai usaha PETAK mencegah aktiviti meminum arak dan penyalahgunaan dadah di Taman Kosas.
 
Diharap dengan pemasangan papan tanda amaran dan larangan ini, aktiviti yang tidak sihat seperti melepak dan minum arak di pondok wakaf dapat dibendung dari terus berlarutan.
 
Pihak PETAK prihatin dengan keluhan masyarakat yang mengadu berkenaan kehadiran beberapa individu melepak di kawasan taman permainan pada waktu malam sambil meminum arak.
Perbuatan tidak bermoral itu bukan sahaja mengundang rasa tidak selesa kerana mewujudkan bunyi bising malah isu kebersihan apabila mereka membuang botol dan tin minuman keras serta puntung rokok merata-rata.
 

Sunday, 16 June 2019

KERJA-KERJA PEMBANGUNAN LANDSKAP DI TAMAN KOSAS

WAWASAN PEMBANGUNAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020
Perancangan pembangunan masa hadapan kawasan MPAJ sehingga tahun 2020 berasaskan kepada wawasan berikut:-
‘Perbandaran Metropolitan yang Selesa, Dinamik, Mudahsampai, Seimbang Dan Cekap’
 
Cadangan Rekreasi Dan Landskap Mengikut Blok Perancangan 
 
BLOK PERANCANGAN CADANGAN REKREASI DAN LANDSKAP
BP 1: Pandan Indah
  • Menaiktaraf Taman Bandar Pandan Indah
  • Pembangunan rekreasi Taman Persisiran Sungai Kerayong
  • Pembangunan Taman Rekreasi Tasik Pandan Perdana
  • Pembangunan mini stadium di Taman Tasek Tambahan
  • Pembangunan landskap di Jalan Pandan Utama
BP 2: Ampang
  • Pembangunan Kompleks Sukan Mini Ampang (Taman Kosas)
  • Pembangunan landskap di Jalan Ampang
BP 3: Melawati
  • Pembangunan stadium mini
  • Pembangunan Taman Sukan Lasak Taman Melawati
  • Pembangunan rekreasi Persisiran Sungai Klang di AU3
  • Pembangunan landskap di Jalan Taman Melawati
BP 4: Kawasan Pemeliharaan
  • Menaiktaraf kawasan rekreasi di Kg. Kemensah Hilir
  • Menaiktaraf Taman Rimba Ampang
 
CADANGAN KERJA-KERJA PEMBANGUNAN LANDSKAP PERSEKITARAN KEHIDUPAN DI TAMAN KOSAS, AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN 

Thursday, 10 January 2019

UCAPAN PENGHARGAAN KEPADA MPAJ

   
PETAK merakamkan Ucapan Ribuan terima kasih kepada tuan dan MPAJ Yang telah membina laluan pejalan kaki sepanjang Jalan Kosas Utama dengan menutup longkang Utama.
Projek itu sangat memberi manfaat kepada orang awam terutama kepada murid-murid sekolah dan warga emas.
Projek tersebut pernah dicadangkan oleh PETAK pada suatu ketika dahulu sebaik sahaja MPAJ meluaskan Jalan Kosas Utama itu.
IZHAR HARUN PENASIHAT PETAK

Saturday, 5 January 2019