- Kerja-kerja paip pembentungan telah bermula pada 26/01/2016 dipersimpangan diantara Jalan Kosas 3/5 dan Jalan Kosas 3/9.
- Hasil pemantauan yang dijalankan oleh pihak Persatuan Penduduk (PETAK) didapati tiada sebarang Papan Tanda tentang kerja-kerja tersebut. Cadangan oleh Tuan Pengerusi ialah pihak kontraktor perlu memasang Papan Tanda dengan butiran seperti tarikh mula / tamat projek, waktu kerja harian, no. telefon yang perlu dihubungi agar penduduk Fasa III lebih maklum tentang projek ini.
- Pihak kontraktor perlu bersedia untuk mengatasi masalah yang sering berlaku sebelum ini; iaitu kesesakan lalu lintas, bekalan air terputus dan keselamatan pejalan kaki terutamanya pelajar-pelajar yang pergi dan balik sekolah.
- Projek ini adalah sebahagian dari Projek "River of Life" (ROL)yang bertujuan untuk menghidupkan semula Sungai Klang dan meningkatkan imej Bandaraya Kuala Lumpur.
Pakej D44 - Pembinaan Rangkaian Paip Pembetungan di Bunus, Kuala Lumpur (Reka & Bina)
PEMBERITAHUAN
Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Datin/Tuan/Puan
Untuk makluman, pihak kontraktor yang dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan
Pembentungan (JPP) akan melakukan kerja-kerja pembinaan dikawasan yang telah
diluluskan. Sehubungan itu, sebahagian dari jalan utama memasuki ke kawasan
kediaman dan jalan-jalan berdekatan akan menghadapi sedikit kesulitan
lalulintas dan lencongan jalan yang bersifat sementara dari semasa ke semasa.
Kerjasama dan keperhitanan dari pihak penduduk bagi melancarkan kerja-kerja pembinaan di atas amatlah diharapkan.
Kesulitan ini amatlah dikesali.
No Kontrak |
: |
KeTTA/JPP/D44/GKL/RL/14/K2 |
No Kelulusan MPAJ |
: |
MPAJ.KEJ.KB 720-3/17C/15(9) |
No Kelulusan JKKP (DOSH) |
: |
JKKP/SL/14/O3/124O9, JKKP/WP/14/03/9157 |
Kawasan yang terlibat adalah : Jalan Kosas 3/9
Tarikh mula |
: |
15/01/2016 |
Tarikh jangkaan siap |
: |
14/07/2016 |
Jangkamasa |
: |
6 Bulan |
Waktu Kerja |
: |
8 am – 6 pm (10 Hours) |
Untuk Ptanyaan / Aduan |
: |
+603-4131 7905 (Pejabat Tapak) |