Tuesday 26 January 2016

PROJEK PAIP PEMBENTUNGAN

    Kerja-kerja paip pembentungan telah bermula pada 26/01/2016 dipersimpangan diantara Jalan Kosas 3/5 dan Jalan Kosas 3/9.
  • Hasil pemantauan yang dijalankan oleh pihak Persatuan Penduduk (PETAK) didapati tiada sebarang Papan Tanda tentang kerja-kerja tersebut. Cadangan oleh Tuan Pengerusi ialah pihak kontraktor perlu memasang Papan Tanda dengan butiran seperti tarikh mula / tamat projek, waktu kerja harian, no. telefon yang perlu dihubungi agar penduduk Fasa III lebih maklum tentang projek ini.
  • Pihak kontraktor perlu bersedia untuk mengatasi masalah yang sering berlaku sebelum ini; iaitu kesesakan lalu lintas, bekalan air terputus dan keselamatan pejalan kaki terutamanya pelajar-pelajar yang pergi dan balik sekolah.
    Projek ini adalah sebahagian dari Projek "River of Life" (ROL)yang bertujuan untuk menghidupkan semula Sungai Klang dan meningkatkan imej Bandaraya Kuala Lumpur.

Pakej D44 - Pembinaan Rangkaian Paip Pembetungan di Bunus, Kuala Lumpur (Reka & Bina)


PEMBERITAHUAN

Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Datin/Tuan/Puan

 
Untuk makluman, pihak kontraktor  yang dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP) akan melakukan kerja-kerja pembinaan dikawasan yang telah diluluskan. Sehubungan itu, sebahagian dari jalan utama memasuki ke kawasan kediaman dan jalan-jalan berdekatan akan menghadapi sedikit kesulitan lalulintas dan lencongan jalan yang bersifat sementara dari semasa ke semasa.

Kerjasama dan keperhitanan dari pihak penduduk bagi melancarkan kerja-kerja pembinaan di atas amatlah diharapkan.

 
Kesulitan ini amatlah dikesali.



No Kontrak

:

KeTTA/JPP/D44/GKL/RL/14/K2

No Kelulusan MPAJ

:

MPAJ.KEJ.KB 720-3/17C/15(9)

No Kelulusan JKKP (DOSH)

:

JKKP/SL/14/O3/124O9, JKKP/WP/14/03/9157


Kawasan yang terlibat adalah : Jalan Kosas 3/9

Tarikh mula

:

15/01/2016

Tarikh jangkaan siap

:

14/07/2016

Jangkamasa

:

6 Bulan

Waktu Kerja 

:

8 am – 6 pm (10 Hours)

Untuk Ptanyaan / Aduan

:

+603-4131 7905 (Pejabat Tapak)