Sunday 30 October 2022

PROGRAM JELAJAH AGRIKOMODITI PADA 23 OKTOBER 2022

PETAK TELAH TURUT DIJEMPUT MENGHADIRI PROGRAM JELAJAH AGRIKOMODITI YANG DIRASMIKAN OLEH DATUK ZURAIDA KAMARUDDIN DI BARAKAH HOTEL, AMPANG, SELANGOR
Program Jom Kenali Agrikomoditi diterapkan ke peringkat komuniti bandar bagi memupuk kesedaran mengenai kebaikan produk komoditi negara. Kesedaran tersebut bagi menjaga kepentingan sektor agrikomoditi negara khususnya dalam merealisasikan hasrat Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) untuk mempelopori penjualan minyak sawit ke seluruh dunia. Menurut Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin, kesedaran dipupuk menerusi Jelajah Agrikomoditi di peringkat antarabangsa dan dalam negara bagi menangkis persepsi buruk negara luar serta memperkasa enam komoditi iaitu sawit, getah, koko, lada, kenaf dan kayu kayan yang menyumbang kepada pendapatan negara. "Kita percaya bahawa walaupun ia komuniti bandar, tak tanam sawit dan tak tanam getah, tetapi pengetahuan tentang kedudukan komoditi kita itu penting untuk rakyat apa lapisan sekali pun, sekiranya ada apa-apa tuduhan yang diberikan ketika mereka bertemu dengan orang ramai ke, dengan warga asing ke, jadi mereka boleh memberikan penjelasan yang jelas bila mereka bila menghadiri program sebegini," kata beliau ketika ditemui media selepas menghadiri program Jom Kenali Agrikomoditi, di sini hari ini.