Sunday 30 October 2022

PROGRAM JELAJAH AGRIKOMODITI PADA 23 OKTOBER 2022

PETAK TELAH TURUT DIJEMPUT MENGHADIRI PROGRAM JELAJAH AGRIKOMODITI YANG DIRASMIKAN OLEH DATUK ZURAIDA KAMARUDDIN DI BARAKAH HOTEL, AMPANG, SELANGOR
Program Jom Kenali Agrikomoditi diterapkan ke peringkat komuniti bandar bagi memupuk kesedaran mengenai kebaikan produk komoditi negara. Kesedaran tersebut bagi menjaga kepentingan sektor agrikomoditi negara khususnya dalam merealisasikan hasrat Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) untuk mempelopori penjualan minyak sawit ke seluruh dunia. Menurut Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin, kesedaran dipupuk menerusi Jelajah Agrikomoditi di peringkat antarabangsa dan dalam negara bagi menangkis persepsi buruk negara luar serta memperkasa enam komoditi iaitu sawit, getah, koko, lada, kenaf dan kayu kayan yang menyumbang kepada pendapatan negara. "Kita percaya bahawa walaupun ia komuniti bandar, tak tanam sawit dan tak tanam getah, tetapi pengetahuan tentang kedudukan komoditi kita itu penting untuk rakyat apa lapisan sekali pun, sekiranya ada apa-apa tuduhan yang diberikan ketika mereka bertemu dengan orang ramai ke, dengan warga asing ke, jadi mereka boleh memberikan penjelasan yang jelas bila mereka bila menghadiri program sebegini," kata beliau ketika ditemui media selepas menghadiri program Jom Kenali Agrikomoditi, di sini hari ini.

Thursday 24 March 2022

Tuesday 25 January 2022

Pandemik COVID-19

Kerajaan Malaysia yang diketuai oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa mulai 18 Mac 2020 di seluruh negara.

Pada 16 Mac 2020 jam 9 malam waktu Malaysia, Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi ucapan rasmi secara langsung di televisyen dan secara rasmi mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Malaysia 2020-21, yang juga disebut sebagai PKP atau MCO (Bahasa Inggeris: movement control order), merujuk kepada tindakan pencegahan yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan Malaysia terhadap wabak koronavirus (COVID-19) mulai 18 Mac 2020.[2] Perintah tersebut sering dirujuk oleh pihak media sama ada beberapa media tempatan mahupun media antarabangsa sebagai "Lockdown".