Sunday 15 March 2020

SEMBANG SANTAI BERSAMA POLIS AMPANG

Perjumpaan di antara AJK PETAK dengan pihak polis yang terdiri dari 2 orang Pegawai dan 2 Pegawai Rendah Polis daripada IPD Ampang Jaya telah diadakan pada hari Sabtu, 7 Mac 2020. Perjumpaan secara santai ini membincangkan mengenai isu-isu keselamatan dan kes-kes yang sering berlaku di kawasan persekitaran Taman Kosas dan menerangkan cara-cara penyaluran maklumat berkaitan jenayah untuk diambil tindakan dan langkah-langkah pencegahan yang akan dijalankan.
Pihak IPD Ampang Jaya di ketuai oleh ASP Alwizan Bin Jaafar diiringi Insp. Mulyadi dan 2 anggota manakala PETAK diwakili Pengerusi Tn Hj Shafie Ahmad, Timbalan Pengerusi Dr Haron, En Ahmad Azhar dan En Jamil Yahya.
ASP Alwizan Bin Jaafar