SARANAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN KOSAS FASA III (PETAK) DI MAJLIS PERBINCANGAN KUMPULAN SASAR ANJURAN MPAJ PADA 19 FEBRUARY 2020. | |
1. | Untuk membantu mengatasi masalah banjir kilat yang sering melanda kawasan pentadbiran MPAJ, disaran supaya pihak Jabatan Pengairan dan Saliran menyelenggara Sungai Ampang dari hulunya hingga ke Kuala Ampang. Manakala pihak MPAJ membuat sesuatu keatas jambatan yang berhampiran Sekolah Kebangsaan Ampang/Masjid Al-Huda yang separas dengan jalan yang sering menyekat kelancaran air sungai itu semasa musim hujan. Difahamkan masjid itu sudah menjadi mangsa banjir setiap kali berlaku hujan lebat. |
2. | Memohon pihak MPAJ memasang lampu led dan CCTV di taman-taman rekreasi dan taman permainan kanak-kanak untuk meningkatkan tahap keselamatan penduduk, terutama kanak-kanak. |
3. | Memohon pihak MPAJ mempromosi Taman Rimba Ampang dengan lebih agrasif menerusi media social (laman sesawang MPAJ) untuk mejadi tarikan pelancong tempatan dan juga luar termasuk mengubah nama Taman Rimba itu daripada Taman Rimba Bukit “Belacan” (nama peledak/peletup batu kuari) kepada Taman Rimba Sungai Ampang yang lebih komersial. |
4.
|
Memohon MPAJ menghentikan operasi sebuah syarikat pembinaan yang beroperasi bersempadan dengan Taman Perumahan (Syarikat Ho Hup) sejak berpuluh tahun dengan mengarahkan supaya berpindah ke kawasan lain, jauh dari Taman Perumahan. Kehadiran syarikat itu mewujudkan “kacau ganggu” kepada penduduk dari segi operasinya serta kenderan berat melalui Taman Perumahan,menyebabkan kerosakan rumah-rumah penduduk, jalan-jalan di kawasan perumahan serta berdebu serta mengancam “keselesaan / keselamatan dan kesihatan” penduduk. |
5. | Memohon pihak MPAJ memantau gerai-gerai jualan makanan ringan di tepi jalan sekolah-sekolah di kawasan Ampang bagi mencegah jualan “junk food” dan “junk food berperisa dadah” kepada kanak-kanak sekolah. |
6. | Memohon pihak MPAJ mengawal kegiatan “saudagar karat” di kalangan warga asing yang berbasikal / bermotor / menggunakan lori. Kegiatan ini wajib dipantau oleh pihak berkuasa untuk mempastikan kegiatan mereka tidak mengancam keselamatan penduduk sekitar. |
7.
|
Memohon MPAJ menyarankan kepada pihak Immigresen supaya mewajibkan warga asing tanpa mengira dimana mereka supaya memakai dokumen pengenalan diri yang digantung dileher masing-masing seperti yang diwajibkan kepada “jamaah haji di Makkah” untuk memudahkan mereka dikenali. |
8.
|
Memohon supaya MPAJ mengarahkan supaya pejabat passport warga Bangladesh yang berperasi dipekan Ampang Lama berpindah ketempat atau premis lain kerana kawasan itu kini sesak. Disamping itu mereka mula “menguasai” kawasan itu termasuk membuka perniagaan di sekitar kawasan berampiran. |
9.
|
Memohon pihak MPAJ danagensi-agensi lain supaya tidak mengenakan tindakan terhadap pemberi maklumat tentang masalah setempat di bawah undang-undang “fake news”. Apa yang penting adalah maklumat yang di salurkan untuk perhatian dan tindakan pihak berkuasa. Anggaplah Persatuan Penduduk dan seumpamanya sebagai mata, telinga dan suara rakyat tanpa sekatan. Sebagai contoh kewujudan FB “This is Ampang” banyak membantu penduduk untuk menyalurkan makluman tentang masalah penduduk Ampang amnya. |
10.
|
Memohonpihak MPAJ memantau kerja-kerja kontraktor yang kerjanya mengorek lobang/parit di sekitar kawasan Ampang yang kerap benar terkorek paip besar bekalan air. Bila berlaku paip pecah penderitaan penduduk, terutama yang tinggal dirumah flat / pangsa / kawasan tinggi tidak dapat dibayangkan dengan kata-kata. Kami memohon agar kawasan Ampang ini tidak digelar “Bandar Kontang”. |
11. | Memohon pihak MPAJ mencadangkan kepada KOSAS atau Metroplex supaya “membangunkan” tanah di tebing sungai Ampang bersempadan dengan Jalan Kosas 3/2 dan 3/3 serta tanah bekas kolam ikan di Fasa 1 Taman Kosas memandangkan kawasan-kawasan itu terbiar serta dalam keadaan semak samun sejak beberapa tahun yang lalu. Adalah disarankan supaya kawasan itu dibangunkan dengan rumah mampu milik. |
Sumbangan PersatuanPenduduk Taman KosasFasa III.
19.2.2020
Oleh:
HJ IZHAR HJ HARUN
|
Wednesday, 19 February 2020
Subscribe to:
Posts (Atom)