Friday 25 August 2017

NEGARAKU SEHATI SEJIWA

'Negaraku Sehati Sejiwa' tema Hari Kebangsaan 2017.
Ribuan terima kasih kepada DASSA Advertising atas sumbangan banner Merdeka yang telah dipasang di persimpangan Jalan Kosas 3/3 dan Jalan Kosas 3/5.
Logo rasmi sambutan Hari Kebangsaan 2017.
Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia ke 60.
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

Wednesday 9 August 2017

Monday 24 July 2017

GAMBAR SEKITAR MESYUARAT AGUNG DAN JAMUAN HARI RAYA PETAK

    MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KE-13
    DAN MAJLIS HARI RAYA 1438 H / 2017 M

    SEMPENA JUBLI PERAK (1992 - 2017)
    23 JULAI 2017 / 29 SYAWAL 1438
    AHAD - 9.00 PAGI

Banner Mesyuarat Agung sumbangan daripada Syarikat Dassa Advertising.

Kaunter 3in1 - Daftar Kehadiran, Bayar Yuran Tahunan dan Pendaftaran Ahli Baru.

Bacaan doa disempurnakan oleh Ust Ghofur Daud, Tuan Imam Masjid Taman Kosas

Tn Hj. Izhar selaku Pengerusi PETAK sesi 2015 - 2017 menyampaikan ucapan aluan.

Sebahagian daripada ahli PETAK yang hadir dalam mesyuarat agung.

Sdra. Raja Saharullhana dilantik sebagai Pengerusi Sementara Mesyuarat
untuk melaksanakan pemilihan AJK bagi sesi 2017 - 2019.

Ucapan penangguhan oleh Mantan Pengerusi PETAK, Tn Hj. Izhar.

Dari kiri; Tn Hj. Izhar, Dato' Hj. Hasnon, Sdra. Raja Saharullhana, Tn Hj. Shafie dan Pn. Hajah Faridah

Antara juadah makanan dan minuman sumbangan penduduk Taman Kosas termasuk lemang dan rendang ayam.
    PETAK sebagai institusi NGO menghargai kerjasama penduduk untuk mengeratkan hubungan bagi mewujudkan kesejahteraan dan kerhamonian hidup bersama.
    Sokongan dan kerjasama ahli-ahli kepada persatuan agar bersedia untuk memberi khidmat bakti secara sukarela pada bila-bila masa diperlukan amat dihargai.
    "HANYA SECUBIT GARAM JATUH KELAUT"
    "AYAM BERTELUR SEBIJI RIUH SEKAMPUNG, PENYU BERTELUR BERIBU TIADA SIAPA YANG TAHU"

Friday 23 June 2017

GANGGUAN AIR DISEBABKAN PAIP PECAH

    Berikutan dengan kejadian paip air pecah yang kerap berlaku di Taman Kosas, Pengerusi bersama dengan AJK Persatuan Penduduk Kosas Fasa 3 (PETAK) telah mengadakan perbincangan dengan Project Manager Langat 2 pada 17.06.2017 (Sabtu), 10.00 pagi bertempat di Dewan Mini PETAK.
    Hasil dari perbincangan tersebut pihak Projek Langat 2 telah dan akan sentiasa berjaga-jaga dalam kerja pengorekan tapi ditakdirkan paip lain yang bukan ditempat kerja yang pecah. Beliau menegaskan risiko paip pecah mungkin akan berlaku jika tiada "support" pada paip lama Syabas, seperti gambar di bawah.

    Berikut adalah tarikh-tarikh gangguan bekalan air di Taman Kosas :
    (mengikut rekod yang diterima melalui WhatsApp)
    Bil.Tarikh PecahTarikh/Masa SiapSebab Gangguan
    1.01.04.2017 (Sabtu).Paip pecah di Jalan Kosas 2 / SMK Kosas
    2.16.05.2017 (Selasa).Paip pecah di depan rumah pam Jalan Kosas 2
    3.26.05.2017 (Jumaat)27.05.2017 / 6.00 pgPaip pecah di Jalan Kosas 2, 5.30 ptg
    4.05.06.2017 (Isnin).Paip pecah di Jalan Kosas 2
    5.06.06.2017 (Selasa).Masalah bekalan elektrik kolam Taman Kosas
    6.12.06.2017 (Isnin)13.06.2017 / 3.00 pgPaip pecah di depan rumah pam Jalan Kosas 2
    7.15.06.2017 (Khamis)15.06.2017 / 10:15 mlmPaip pecah berhadapan Tabika Kemas, Jalan Kosas 3/12
    8.17.06.2017 (Sabtu).Paip pecah di Jalan Kosas 2
    9.19.06.2017 (Isnin)19.06.2017 / 3.15 pgPaip bocor disebabkan gegaran semasa mencabut sheet piles di jalan Kosas 2
    Kawasan terlibat :
  • Taman Kosas
  • Taman Rasmi Jaya
  • Taman Pewira Ampang
  • Taman Uda Jaya
Berikut adalah makluman yang dihantar melalui 'WhatsApp' oleh Langat 2 Project Manager kepada Pengerusi PETAK : 

"Kami akan stop kerja bagi memberi laluan juga kelancaran persiapan dan sambutan menjelang Hari Raya Aidilfitri 2017 bermula daripada 20/06/17 hingga 02/07/2017. Kami akan mula kerja pengorekan pada hari Isnin, 03/07/2017. Kami harap dengan pemberhentian serta merta ini dapat melegakan kegusaran penduduk setempat."
Terima Kasih dan Maaf Zahir dan Batin.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AILDILFITRI.


ARTIKEL BERKATAN PROJEK LANGAT 2 :
sila klik --> PROJEK LOJI RAWATAN AIR LANGAT 2

Sunday 11 June 2017

PENCEROBOHAN TANAH PERKUBURAN TAMAN KOSAS

    Adalah dimaklumkan bahawa tanah perkuburan Islam Taman Kosas Ampang telah ditutup sejak September 2012. Akhir-akhir ini kawasan perkuburan tersebut telah dicerobohi pengebumian tanpa kebenaran. Terdapat 9 kubur yang baru di kawasan yang tidak diizinkan. Pembincangkan pada 6 Jun 2017 dgn pihak MPAJ, JAIS dan PAID telah bersetuju mulai hari ini tanah perkuburan ditutup secara langsungnya. Sebarang kegiatan pengebumian tidak dibenarkan dan pihak tersebut telah memanggil penggali kubur supaya tidak menbuat keputusan sendiri. Pihak tersebut akan menbuat laporan polis di atas pencerobohan tanpa izin ini.
    Mohon semua anak kariah taman kosas supaya sekiranya ada pengebumian di kawasan ini, melaporkan kepada pihak masjid. Masjid telah diberikan kebenaran khas memantau sehingga keputusan siasatan selanjutnya dikeluarkan oleh JAIS dan MPAJ.
    Surat daripada MPAJ yang mengadakan lawatan tapak pada 6 Jun, 2017.

Saturday 6 May 2017

CARA MUDAH BAYAR PARKIR

    Majlis Perbandaran Ampang Jaya(MPAJ)‎ telah melancarkan sebuah aplikasi khusus dinamakan MPAJ Parking iaitu sistem tempat letak kereta dengan aplikasi dalam talian bagi menggantikan kupon berbayar mulai tahun ini.
    Yang Dipertua MPAJ, Abd Hamid Hussain berkata, sistem itu dapat memudahkan‎ pengguna untuk menambah nilai melalui telefon pintar mereka tanpa perlu bergegas ke kenderaan mereka untuk menggoreskan kupon berbayar yang dipaparkan.
    "Aplikasi itu berupaya untuk menghantar peringatan kepada pengguna tempoh letak kereta mereka sudah habis dan dapat segera melakukan 'top up' menerusi aplikasi itu tanpa bergegas ke kenderaan mereka.
    "Ia juga dilengkapi dengan sistem GPS bagi memudahkan penguat kuasa MPAJ mengenal pasti lokasi parkir dan disertakan nombor plat pengguna yang menggunakan aplikasi itu,"

Monday 10 April 2017

KEJADIAN PAIP AIR PECAH DI JALAN KOSAS 2


Dua kejadian paip ar pecah berlaku berturut-turut di Jalan Kosas 2 dimana ianya berlaku pada petang 31 Mac, 2017 (Jumaat) dan yang kedua pada pagi 1 April (Sabtu).
    Lokasi pertama pada 31 Mac bersebelahan Dusun Bandar Taman Kosas.
    Kejadian kedua berlaku pada 1 April seperti kenyataan di dalam status fb Air Selangor.
    Lokasi kebocoran paip dipersimpangan ke SMK Taman Kosas.

Monday 27 March 2017