Tuesday 26 April 2016

POKOK TUMBANG HEMPAP KERETA

    Kejadian pokok tumbang akibat hujan lebat berlaku pada petang hari Sabtu (23 April), di simpang masuk ke Jalan Kosas 3/11.
    Kerosakan melibatkan dua buah kereta dan tembok pagar rumah. Kejadian itu tidak menyebabkan sebarang kemalangan atau kecederaan.
    Kerja-kerja pembersihan telah dilakukan oleh pihak JPAM.
    Sebelum kejadian ini, pihak PETAK telah pun buat aduan kepada MPAJ berkaitan dengan pokok tersebut.
    Laporan dan gambar daripada Dr Harun, Timbalan Pengerusi PETAK.

Thursday 21 April 2016

El-Nino Penyebab Cuaca Panas Sekarang, Bukan Equinox

    Datuk Seri Wan Junaidi (Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar) berkata, cuaca panas yang melanda negara ketika ini terutama di utara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak disebabkan oleh fenomena El-Nino dan bukan equinox seperti didakwa sesetengah pihak.

    Apa Sebenarnya Fenomena Equinox?
    Pemanasan global atau fenomena ekuinoks berlaku sebanyak dua kali setiap tahun iaitu setiap bulan Mac dan September, yang mana, matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas terutamanya di Semenanjung.
    Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2016/03/apa-sebenarnya-fenomena-equinox.html#ixzz46RhcZZ6k 

    Apa Itu El Nino?
    Menurut laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), El Nino adalah Fenomena lautan yang berlaku setiap dua ke tujuh tahun di mana arus laut yang panas akan menggantikan arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai barat Peru, Amerika Selatan. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang lebih luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan peristiwa cuaca luar biasa yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara, Indonesia dan Australia, berlaku keadaan cuaca lebih kering dari normal sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya mengalami keadaan lembap.


    Taburan hujan di Kuala Lumpur pada Januari, Februari dan Mac tahun 2016.