Monday 21 September 2015

SEMINAR PEMANTAPAN PERSEKITARAN SELAMAT MPAJ

    Seminar Pemantapan Pelaksanaan Persekitaran Bandar Selamat Masyarakat Sejahtera Ampang Jaya 2015.
    Tarikh: 10 September 2015
    Masa : 0800 - 1300
    Tempat : Auditorium, MPAJ Pandan Indah, Ampang

Wakil daripada PETAK



YDH. ACP Khairuldin bin Hj Saad

    Objektif :
  1. Memperkenalkan sistem iSelamat kepada masyarakat
  2. Mewujudkan jaringan kerjasama yang baik di antara PDRM, Amanita dan masyarakat serta memastikan segala usaha yang dilakukan bagi membanteras jenayah dapat dilaksanakan kepada masyarakat.

Sumber:
Amanita Ampang Jaya

Tuesday 8 September 2015

AL-FATIHAH DAN SALAM TAKZIAH

    Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
    Seluruh AJK PETAK merakamkan salam takziah kepada keluarga Tengku Mohd Khalid Tengku Salleh yang telah kembali ke rahmatullah pada petang Isnin 7 September 2015.
    Semoga Allah SWT mengurniakan ganjaran di atas musibah yang dialami dan dimasukkan Allahyarham di kalangan hamba-hambaNya yang beriman, Insya-Allah.
Al-fatihah

Tuesday 1 September 2015

    Malaysiaku #sehatisejiwa. Semarakkan semangat merdeka kita bersama. Kemerdekaan Malaysia yang ke58.
    Sebagai makluman, mulai tahun ini sambutan hari kemerdekaan tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya disebut mengikut tahun seperti tahun ini Hari Kemerdekaan 2015 bertemakan Malaysia Sehati Sejiwa.
    Jika anda lihat pada logo kemerdekaan ini, ia direka dalam bentuk hati.. di dalamnya terdiri daripada peta Tanah Melayu dan juga Sabah Sarawak. Ditengah antara peta itu dilukis pula bentuk bulan dan bintang sepertimana dalam bendera Malaysia.
    #SehatiSejiwa melambangkan kesepaduan, kekitaan, kesefahaman dan kemanusia bagi seluruh rakyat Malaysia tak kira di mana mereka berada. Semangat perpaduan itu sentiasa wujud dalam diri mereka.